Saturday, October 23, 2010

Sentiasa Mendapat Petunjuk

 
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
 
 
Beberapa pengajaran doa:
1.      Dalam pelbagai permintaan yang kita sampaikan kepada Allah dalam doa harian, jarang-jarang kita berdoa agar sentiasa berada dalam petunjuk Allah. Juga agar Allah memelihara kita dari terpesong ke dalam ajaran yang sesat atau ke arah agama lain.
2.      Maka doa di atas diajar oleh Allah di dalam al-Qur’an, Surah Ali Imran, ayat kelapan, agar kita sentiasa berada di bawah petunjuk Allah. 3.      Melalui doa ini juga kita meminta Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Rahmat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk umpama kebahagiaan, ilmu, kesihatan dan sebagainya.
 
Doa ini patut dibaca setiap hari, lebih baik sebagai doa lazim selepas solat fardhu.

Adakah Ia Migrain atau Hanya Sakit Kepala?

Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

  1. Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?
  2. Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?
  3. Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?
Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju. Bagi tujuan penyembuhan anda boleh mengambil ubat yang sesuai dengan dos dan dapatkan rawatan doktor sekiranya migrain tidak berkurangan.

Belajar Menyintai Diri Sendiri

Pernahkah kamu merasakan rasa tidak puas hati dan sering merungut-rungut pada diri sendiri? Munghin kamu pernah, tetapi tidak perasan akan sikap buruk itu.

Untuk mengetahui jawapannya dengan tepat, perhatikan sahaja gelagat kamu bila setiap kali berada di hadapan cermin. Apakah reaksi kamu? Tentu ada sahaja perkara yang kamu rasakan tidak kena tentang diri kamu. Sekiranya, kamu bersikap begitu, bermakna kamu tidak menyintai diri sendiri. Kamu harus mengubah sikap buruk itu. Di sini ada boberapa cara yang boleh membantu kamu bagaimana untuk menyintai diri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah perubahannya nanti.

Hentikan segala kritikan
Kritikan tidak akan mengubah sesuatu perkara.Hindari mengkritik diri sendiri. Terima diri kamu sebagai diri kamu sendiri. Setiap orang berubah. Apabila kamu mengkritik diri sendiri, perubahan yang kamu lakukan bersifat negatif. Apabila kamu meningkatkan diri sendiri, perubahan yang berlaku adalah positif. Jadi, mulai hari ini hentikan segala kritikan pada diri kamu.

Sokonglah diri sendiri
Cari jalan untuk menyokong diri sendiri. Kamu tidak akan berjaya tanpa sokongan. Dapatkan kawan-kawan dan benarkan mereka membantu. Mereka sangat berguna di saat-saat kamu memerlukan.

Pujilah diri kamu
Kritikan meruntuhkan kekuatan rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan.

Jangan menakutkan diri sendiri
Berhentilah daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ia menjadikan hidup kamu tidak gembira.Carilah satu imej yang menyenangkaan diri kamu dan serta merta tukar fikiran kamu yang selalu ketakutan itu kepada perkara yang menggembirakan.

Bersikap baik terhadap minda kamu
Membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran kamu. Jangan membenci diri sendiri kerana mempunyai tanggapan begitu. Ubahlah cara berfikir kamu secara beransur-ansur.

Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar
Berlemah lembutlah terhadap diri sendiri. Bersikap pemurah pada diri sendiri. Banyakkan bersabar di saat kamu mempelajari cara baru berfikir. Layani diri kamu sebaik mungkin sebagaimana kamu mahu orang lain melayani kamu sedemikian rupa.

Usah membenci musuh-musuh kamu
Pujian yang kamu berikan kepada mereka boleh membantu apabila diperlukan nanti.Sekarang kamu perlu mencari jalan baru dan positif untuk memenuhi segala keperluan itu. Oleh itu bebaskan semua contoh-contoh negatif yang tidak berguna lagi.

Ambil berat tentang kesihatan
Pelajarilah tentang pemakanan. Apa jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.

Cermin diri
Pandanglah ke dalam mata kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu. Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. "Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu."

Saturday, October 16, 2010

Cara Romantik Memohon Maaf

1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.

2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.

3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.

4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu

5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.

6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian

7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.

8. Kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.

9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.

10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua. kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.

Fesyen Seorang Muslimah

Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.
Dalam Islam, segala sesuatu bermula pada niat atau tujuan. Fesyen tidak ketinggalan, di mana syarat pertama adalah ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat (pakaian) yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4029]
Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang.
 
Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.
Islam adalah agama yang unik dan sebagai seorang muslimah, anda dituntut meraikan keunikan tersebut. Di antara caranya ialah memakai fesyen yang unik kepada Islam dan menjauhi fesyen yang unik kepada kaum bukan Islam. Ia juga menggambarkan kecintaan dan kebanggaan kita kepada Islam. Seorang sahabat menceritakan: “Rasulullah s.a.w. melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna “Ushfur”, maka baginda bersabda: “Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya.” [Shahih Muslim, no: 2077]
 
Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki.
Selain daripada fesyen yang tidak menyerupai orang bukan Islam, seorang muslimah juga dituntut untuk berpakaian yang tidak menyerupai kaum lelaki. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya, no: 5885: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Hikmah larangan adalah kerana pakaian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan seseorang. Apabila seorang muslimah berpakaian seperti lelaki, dia akan cenderung untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang lelaki. Ini akan menyebabkan berlakunya kesongsangan dalam peranan dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita.
 
Ciri Keempat: Tidak jarang kainnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang.” [Mu’jam al-Thabarani dengan sanad yang sahih] Maksud Rasulullah dalam hadisnya di atas adalah wanita yang mengenakan pakaian yang jarang kainnya sehingga menampakkan tubuh badan mereka di sebaliknya. Justeru sekalipun mereka berpakaian, mereka sebenarnya tetap telanjang. Oleh itu dalam memilih sesuatu pakaian, hendaklah diperhatikan agar kainnya tidak jarang atau nipis.
 
Ciri Kelima: Tidak menampakkan bentuk badan.
Rasulullah s.a.w. pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat dari kain yang tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya: “Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya.” [Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan]
“Bentuk tulang” ialah kiasan kepada bentuk badan. Akhlak mulia yang ada pada baginda menyebabkan baginda tidak menyebut “bentuk badan” secara terus. Berdasarkan hadis ini, hendaklah seorang muslimah mengenakan pakaian yang dapat menghindari daripada menampakkan bentuk badannya semampu mungkin, seperti memakai baju dalam, baju tambahan di luar, pakaian yang longgar atau pakaian yang diperbuat daripada kain yang tidak mudah mengikut bentuk badan.
 
Ciri Keenam: Menutup aurat.
Jika diperhatikan segala yang berharga di dunia ini, akan didapati ia dalam keadaan tertutup. Ambil saja contoh emas, berlian dan minyak, ia tertutup jauh di dalam perut bumi. Demikianlah juga bagi seorang muslimah, Islam memandangnya sebagai sesuatu yang berharga sehingga menutupinya, agar kemuliaan dan kehormatannya tetap terjaga. Oleh kerana itulah Allah berfirman:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya …… jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” [Sebahagian dari ayat 31 surah an-Nur]
Maka fesyen seorang muslimah hendaklah menutupi keseluruhan dirinya kecuali muka dan apa yang berada di bawah pergelangan tangan. Sebahagian ilmuan berpendapat muka juga patut ditutup. Maksud “belahan leher”, iaitu bentuk “V” di antara buah dada yang lazim didedahkan oleh fesyen masa kini. Justeru apabila memakai tudung, pastikan ia dilabuhkan sehingga menutupi ke bahagian bawah dada.

"semoga sama2 mendapat pengajaran termasuk diri sy sndiri.amin."